icon
article-hero

8 Tempat Yang Terbaik Untuk Beli Baju Raya Di KL

avatar-name

Azliyana Azlee •  Jun 06, 2018

Alamak, musim raya hampir tiba tapi anda belum sempat lagi merancang persiapan? Jangan risau, kini anda boleh membeli baju raya yang tersiap ataupun fabrik yang berkualiti dengan harga berpatutan di lokasi-lokasi ini! P.S. Tekan link berikut ke Zalora, untuk membeli-belah dan mendapatkan semua keperluan Raya anda, dari keselesaan rumah sendiri!

Credit: Giphy

P.S. Our Hello Ramadan 2023 event is now LIVE! Head over for Ramadan recipes, a 30-day Ramadan journal, live shows & exciting lucky draw prizes!

8 Tempat Yang Terbaik Untuk Beli Baju Raya Di KL

1. Jalan Tunku Abdul Rahman (Jalan TAR)

Sebut saja Jalan TAR, pasti semua kaki membeli-belah teruja! Di sini, anda boleh mengunjungi gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis pakaian murah tapi berkualiti dengan stok dan corak yang diperbaharui hampir setiap minggu.

Sumber: Instagram @nafiznazlyzain Terdapat juga butik-butik eksklusif seperti First Lady, Harisons, dan Aidijuma Scarf Flagship Store yang menjual pelbagai rekaan pakaian, tudung, dan aksesori bagi menepati pelbagai cita rasa. Biasanya, orang ramai akan menyerbu Jalan TAR 1-2 hari sebelum hari raya untuk jualan penghabisan stok!
Sumber: Instagram @ndz.dressup_store Bagi mengelakkan kesesakan, ambillah komuter atau LRT dan berhenti di stesen Masjid Jamek untuk sampai ke sini. Jangan lupa untuk menggunakan kemahiran tawar-menawar anda untuk mendapatkan harga yang terbaik! Alamat: Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Waktu Pembukaan: 10.00 pagi sehingga 10.00 malam.

2. Jakel Mall

Jika anda sedang mencari pakaian fesyen terkini, singgahlah ke Jakel Mall! Di sini, terdapat aneka pilihan pakaian dan fabrik seperti chiffon, cotton, lace, linen, silk, songket, dan kapas.

Sumber: Instagram arianirtw  Jakel Mall turut menawarkan perkhidmatan tempahan baju, khidmat nasihat fesyen, dan juga pemasangan permaidani di rumah anda!
Sumber: Instagram seksyen7shahalam Setelah melebarkan sayapnya, kini, Jakel Mall mempunyai cawangan di Shah Alam, PWTC dan Sg. Besar! Alamat: Cawangan di Kuala Lumpur dah Shah Alam. Waktu Pembukaan: 10.15am - 8.30pm. Laman Web | Facebook | Instagram

3. Bazaar Seksyen 7 Shah Alam

Seksyen 7 Shah Alam sememangnya menjadi tumpuan penduduk Shah Alam dan juga pelajar-pelajar IPTA berhampiran, terutama sekali disebabkan bazaar yang diadakan saban minggu.

Sumber: Instagram blinksouk.bazaar Di sini, anda boleh mendapatkan pelbagai jenis pakaian yang dijual pada harga yang murah di gerai-gerai kecil.  Letakkan kereta anda di bangunan berhampiran dan datang lebih awal untuk mengelakkan kesesakan!
Sumber: Instagram anneglamourboutiqueAlamat: 24, Jalan Plumbum Q7/Q, Seksyen 7, Selangor, 40000 Shah Alam Waktu Pembukaan: 10.30am - 9.30pm.

4. AEON Wangsa Maju

Sambil-sambil membeli ramuan membuat kuih raya dan barangan dapur, apa kata anda singgah ke gerai-gerai kecil di dalam AEON? AEON di Wangsa Maju adalah antara cawangan AEON terbesar di Malaysia yang turut memuatkan pelbagai restoran.

Sumber: Facebook Hijrah Couture Bangi  Pakaian-pakaian di sini dijual dengan harga yang tetap dan kadang kala lebih murah! Alamat: Jalan R1, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur Waktu Pembukaan: 10.00am - 10.00pm.

5. Kenanga Wholesale City

Berminat untuk memulakan perniagaan online secara kecil-kecilan sempena hari raya? Kenanga Wholesale City amat sesuai untuk anda! Setiap tingkat bangunan Kenanga Wholesale City menawarkan jenis pakaian dan gaya untuk menepati cita rasa yang berbeza-beza.

Sumber: Facebook KW Fashion Wholesale Dengan promosi bulanan bagi pakaian dan alatan solek tertentu, anda pasti terpegun dengan kepelbagaian pilihan barangan yang lebih murah apabila dibeli secara pukal!
Sumber: Facebook KW Fashion Wholesale Elakkan kos letak kereta yang tinggi dengan mengambil LRT atau monorel dan berhenti di stesen Hang Tuah untuk ke sini. Alamat:Waktu Pembukaan:Laman Web | Facebook

6. Bangi Central (Seksyen 9 Bangi)

Jika anda ingin melihat barangan fesyen yang biasanya dijual online di depan mata, di sinilah terletaknya butik-butik terkenal seperti Zawara, Sugarscarf, Bella Amara, Calaqisya dan banyak lagi!

Sumber: Facebook Hijab Galeria Pastikan anda menyediakan wang yang mencukupi kerana pilihan pakaian dan tudung di sini sememangnya membuatkan orang ramai rambang mata!
Sumber: Instagram Waydatulbayda Hijab Anda juga boleh berkunjung ke butik pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie, yang terletak di seberang jalan. Datang awal untuk mendapatkan tempat letak kereta yang strategik kerana Bangi Central tidak pernah lekang dengan pengunjung yang ramai! Alamat: Jalan Medan Pusat Bandar 8A, Bangi Sentral, Bandar Baru Bangi. Waktu Pembukaan: 10.00am - 10.00pm. Laman WebFacebook

7. Bazaar Uptown Puchong

Terlalu sibuk dengan kerja hingga tidak sempat untuk membeli belah? Jadikan Bazaar Uptown Puchong sebagai destinasi anda! Bazaar ini biasanya bermula sekitar 7:00 malam dan berakhir pada pukul ~3:00pagi.

Sumber: Facebook Uptown Puchong Night Bazaar Tapak bazaar ini menempatkan kira-kira 400 gerai yang menjual pelbagai produk dari aksesori telefon, pakaian, wangian, dan juga kuih raya; anda pasti rambang mata dengan aneka pilihan rekaan fesyen yang dijual pada harga yang murah!
Sumber: Facebook Uptown Puchong Night Bazaar Setelah puas membeli belah, anda juga boleh singgah ke restoran-restoran berhampiran untuk menjamu selera. Alamat:Taman Meranti Jaya, 47100 Puchong, SelangorWaktu Pembukaan: 6.00pm - 3.00am. Facebook

8. Jalan Masjid India

Buat anda yang ingin membuat persiapan raya pada saat-saat akhir, jadikan Jalan Masjid India sebagai destinasi anda!

Sumber: Facebook Nordin Ali Terletak berhampiran dengan Jalan TAR, Jalan Masjid India dipenuhi gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis pakaian dengan potongan harga 50-70% apabila promosi penghabisan stok diadakan!
Sumber: Instagram kastailorAlamat: Jalan Masjid India, City Centre, 50100 Kuala Lumpur.Waktu Pembukaan: 10.00am - 10.00 pm. Terdapat juga beberapa jenis gerai yang mengadakan harga lelong hingga ke malam raya! Untuk kemudahan anda, ambillah LRT atau monorel dan berhenti di stesen Masjid Jamek apabila anda mahu ke sini. Buatlah persiapan raya anda lebih awal dan bergayalah musim raya ini tanpa "membakar" dompet anda!