icon
article-hero

8 Tempat Yang Popular Di JB Untuk Membeli Barang Keperluan Raya Anda

avatar-name

Maryam Zainol •  Jun 09, 2018

Tinggal beberapa hari lagi sebelum Hari Raya tiba! Pasti semua sedang sibuk beribadah mengejar 10 malam akhir Ramadan ? Sambil-sambil itu, kita sibuk juga bersiap sedia untuk meraikan Aidilfitri yang akan datang tak lama lagi. Tukar langsir, isi balang kuih dan biskut dan juga bersihkan sekitar rumah supaya segalanya kemas cantik untuk mengalu-alukan kehadiran sanak saudara dan kawan-kawan ❤️

Tapi, ada saja benda yang tak siap dan barang yang tak cukup di rumah. Jadi apa lagi, jom membeli-belah?

Kredit: Giphy

Daripada baju baru yang segak dan cantik, kuih-muih yang sedap untuk dihidangkan, dekorasi meriah untuk rumah dan juga persiapan makan-makan bersama keluarga, ini adalah 8 tempat popular untuk membeli segala persiapan Raya!

P.S. Our Hello Ramadan 2023 event is now LIVE! Head over for Ramadan recipes, a 30-day Ramadan journal, live shows & exciting lucky draw prizes!

Tempat: UDA Business Center

UDA Business Center yang juga dikenali sebagai Bandar Baru Uda, ialah kawasan pembangunan komersial yang ada pelbagai butik lokal dan juga kedai kain. Bagi wanita-wanita yang inginkan fesyen moden dan bersederhana, ambil lah masa beberapa jam untuk cari pilihan hati dalam kalangan kedai-kedai yang terbaik di sini. Bukan baju raya saja, malah tudung dan barang aksesori juga didapati di sini.? Antara kedai-kedai yang popular di sini adalah: Zawara, Al-Ikhsan, Bella Amara, Sugar Scarf dan Rina Salleh Clothing. Kedai tekstil Jakel dan Angsana Mall juga berdekatan saja.

Bandar Baru Uda terletak 25 minit dari kawasan pemeriksaan Woodlands. Jika anda tak memandu kereta ke Johor, dapatkan Uber atau Grab ke sana. Selain daripada itu, pemandu teksi suka ramai yang kenali kawasan Angsana Mall dan Jakel ini.

1. Jakel

Jika anda memandu kereta di Jalan Bertingkat Skudai, pasti anda akan nampak kedai yang menjadi pilihan ramai, Jakel, Jakel adalah nama yang tak asing lagi apabila bercakap tentang koleksi pilihan kain dan pakaian ready-made yang menarik dengan harga yang berpatutan.? Dengan jualan yang mereka ada, anda pasti nak lihat segala yang mereka ada di setiap tingkat.

Selain daripada pakaian Raya yang dah sedia untuk dipakai, terdapat pelbagai kain tekstil yang sesuai dijadikan langsir dan sarung bantal untuk memeriahkan ruang tamu anda.

Kredit: Jakel di Facebook

Ada juga label pakaian selebriti seperti Koleksi Baju Kurung Scha Alyahya dan Koleksi Baju Kurung Ayda Jebat. Dengan butiran-butiran manik, corak yang lembut dan rekaan moden yang elegan dan menarik, anda pasti keliru yang mana satu menjadi pilihan!

Kredit: Jakel Johor Bahru di Facebook

Bagi pilihan lelaki pula, Jakel sememangnya terkenal dengan baju Melayu yang warna-warni dan sedia dipakai dalam pelbagai saiz dan potongan. Selebriti-selebriti seperti Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Awal Ashaari dan juga AC Mizal semua ada koleksi mereka tersendiri di sini ? Jadi boleh lah si lelaki tampil tampan dan bergaya pada Hari Raya ini. 

Alamat: No. 1, 3, 5, 7, 9, 11 & 15, Jalan Padi Emas 1/3, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru

Waktu Operasi: 10am hingga 9pm setiap hari.

Laman Web| Facebook

2. Angsana Mall

Salah satu tempat membeli-belah yang popular dalam kalangan penduduk di kawasan JB ialah Angsana Mall.  Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mencari barang-barang persiapan untuk Raya. Baju raya, kuih-muih, pelbagai bunga plastik dan dekorasi rumah boleh didapati di pusat ini yang mempunyai lima tingkat merumahkan 238 kedai butik. ?

Kredit: Angsana Johor Bahru Mall di Facebook

Pusat membeli-belah ini juga meriah dengan dekor Karnival Aidilfitri 2018 dimana semua penjual-penjual sibuk sediakan barang keperluan Raya anda dengan harga yang menarik.? Capal yang segak untuk pengunjung lelaki dan juga pelbagai pilihan tudung untuk dipadankan dengan pakaian pilihan anda juga terdapat di sini.

Kredit: Angsana Johor Bahru Mall di Facebook

Alamat: Angsana Johor Bahru Mall, Jalan Tampoi, 81200 Johor Bahru, Johor, Malaysia

Waktu Operasi: 10am hingga 10pm setiap hari.

Facebook

3. Cala Qisya

Cala Qisya adalah salah satu jenama yang mempamerkan rekaan fesyen yang simple dan sederhana. Sama ada anda mencari stail yang bersahaja atau yang lebih bergaya, Cala Qisya menyediakan koleksi CalaRaya 2018. Butik yang berwarna merah jambu ini dipenuhi dengan tudung bercorak, baju kurung moden yang ber-layer dan juga aksesori tambahan seperti kasut tinggi untuk menyempurnakan gaya Raya anda.?

Kredit: @calaqisya di Instagram

Jika anda minat stail yang mempunyai kain lace dan ruffle bertingkat, koleksi ini sesuai untuk anda! Gaya yang kelihatan manis, sopan dan bersahaja ini pasti akan memikat hati anda.? Jadi apa tema warna pilihan anda Raya ini?

Kredit: @calaqisya di Instagram

Abang-abang semua jangan risau. Nak pakaian Raya sepadan dengan yang tersayang? Cari lah di sini ? Tampil segak dan cantik sekeluarga semasa perayaan akan datang ini.

Alamat: 18 Jalan Padi Emas 1/5, 81200 Johor Bahru, Johor.

Waktu Operasi: Tutup pada hari Isnin.

Facebook

4. Dreamyza

Kredit: Dreamyza di Facebook

Rekaan yang dibuat khas bagi wanita-wanita yang inginkan rupa elegan dan tradisional, Dreamyza mempunyai koleksi yang pelbagai bagi jubah dan abaya. Butik ini memberi anda pilihan yang terbaik bagi mereka yang mencari baju Raya yang lebih longgar dan senang dipakai. Lagi-lagi semasa cuaca panas terik!? Selesa dan sesuai dipakai bila-bila sahaja, anda pasti perlukan sepasang dua dalam koleksi almari anda untuk gaya yang ayu dan sopan. Nak ke masjid untuk solat pagi Raya juga tak perlu bimbang!

Kredit: @dreamyza_jb di Instagram

Dreamyza juga mempunyai koleksi Raya dari Anasumy yang menggayakan lengan cape yang popular di kalangan generasi muda sekarang. Pasti tampil dramatik dan stylish jika anda memilih gaya moden ini ?

Alamat: No. 37, 37-01 Jalan Padi Emas 1/5 Bandar Baru Uda, 81200 Johor.

Waktu Operasi: 10.30am hingga 8.30pm setiap hari.

Laman Web

Tempat: Bandar Tebrau

Dikelilingi kawasan perumahan, Bandar Tebrau mempunyai segala keperluan rumah anda. Barang-barang dapur yang berkualiti dan juga produk-produk pembaikan rumah didapati di sini! Nak tetamu-tetamu anda rasa selesa seperti di rumah sendiri? Marilah ke Bandar Tebrau dan dapatkan produk terpilih ini.❤️

Bandar Tebrau terletak lebih kurang 20 minit daripada kawasan pemeriksaan Woodlands.

5. IKEA Tebrau

Rumah anda bertampil rapi dan selesa pada Hari Raya ini dengan perabot-perabot simple dan moden dari IKEA. Cawangan dari Sweden ini menawarkan perabot rumah dan keperluan dapur yang direka secara moden dan minimal pada harga yang berpatutan!? Dengan bilik pameran yang pasti menjadi sumber inspirasi semua, dapatkan cadangan deko yang menarik untuk mencantikkan lagi rumah dalam persediaan untuk menyambut perayaan Aidilfitri tak lama lagi.?

Kredit: @dearchar_ di Instagram

Kredit: @j_wennn di Instagram

Bukan sahaja itu, dapatkan barang-barang seperti balang kuih-muih, pinggan mangkuk dan kusyen bercorak untuk memeriahkan lagi ruang tamu dan ruang makan anda! Hidangkan rendang dan ketupat Raya ini dengan penuh gaya ?

Alamat: 3, Jalan Harmonium 23/13, Taman Desa Tebrau, 81100 Johor Bahru, Johor, Malaysia

Waktu Operasi: 10am hingga 10pm, Ahad hingga Khamis; 10am hingga 11pm, Jumaat, Sabtu dan cuti umum.

Laman Web

6. AEON Bandar Tebrau

Ini adalah cawangan AEON terbesar di Malaysia! Dengan sebanyak 209 penjual di bawah satu bumbung, anda pasti seronok membeli-belah di sini ? Terdapat jenama-jenama barang kecantikan antarabangsa seperti Sephora dan Bath & Bodywork dan juga kedai keperluan harian seperti Daiso dan Kaison di AEON ini. Pilihan anda memang tak terluak! Jika anda mencari kusyen, bantal, alas kerusi dan langsir baru untuk memeriahkan rumah anda, semuanya terdapat di sini.?

Kredit: AEON Mall Tebrau City di Facebook

AEON ini ada pusat sehenti bagi anda jika anda perlukan barang-barang dapur yang segar dan murah dibeli secara pukal. Resipi dah siap tapi bahannya tak beli lagi? Jangan risau, pasti anda akan jumpa apa yang anda perlu di sini.

Kredit: Kaison Malaysia di Facebook

Anda pun tahu harga bunga segar memang mahal. Kaison memberi anda pilihan yang murah dengan bunga-bunga tiruan mereka yang sememangnya cantik! Pilihan warna daripada pastel hingga lah yang terang-benderang semuanya terdapat di sini. Rumah anda pasti kelihatan meriah dan cantik dengan tambahan deko ini.?

Alamat: No 1, Jalan Desa Tebrau Taman Desa Tebrau 81100 Johor Bahru, Malaysia

Waktu Operasi: 10am hingga 10pm, Ahad hingga Khamis dan 10am hingga 11pm, Jumaat dan Sabtu.

Laman Web

Tempat: Taman Perling

Bagi mereka yang seronok membuat kuih-muih dan biskut Raya sendiri, Taman Perling ialah satu-satunya tempat yang menyediakan segala keperluan baking anda! Walaupun kawasan ini mengambil masa lebih kurang 40 minit daripada kawasan pemeriksaan Woodlands, ianya berbaloi kerana segala bekalan bahan di sini juga dijual pada harga yang berpatutan.?

7. Perling Indah

Jika anda terleka anda pasti akan terlepas pandang kedai yang sederhana ini. Berasal dari Singapura, kedai Phoon Huat ini adalah pusat sehenti bagi segala keperluan baking anda! Tin bakar, peralatan kek, bahan warna dah perasa boleh didapati di sini untuk persediaan anda pada Raya ini.?

Kredit: Perling Indah Enterprise di Facebook

Kredit: @eileenongxt di Instagram

Cuba bayangkan pilihan kuih raya yang berbagai yang anda akan hidangkan kepada tetamu-tetamu anda beberapa hari lagi! Tunjukkan kreativiti dan kemahiran anda untuk perayaan yang lebih happening!?

Alamat: 11 Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, 81200 Johor Bahru, Malaysia

Waktu Operasi: 9am hingga 7pm, Isnin hingga Jumaat. Tutup pada hari minggu.

Facebook

8. Pasar Ramadan

Tak lain tak bukan, pasar Ramadan yang menjadi destinasi bagi semua yang berpuasa apabila bulan Ramadan tiba juga menjual barang keperluan Raya anda.? Makanan tradisional dan hipster semuanya dijual di sini. Tengok-tengok kiri dan kanan dan anda akan jumpa biskut raya yang berwarna-warni dijual juga disamping nasi briyani dan ayam bakar yang selalunya anda beli. Cari penjual sate atau ayam golek dan sebagainya jika anda ingin membuat pesanan untuk hidangan Hari Raya nanti.? Tak perlu susah-susah, semua pun boleh buattempahan.

Kredit: @intanina di Instagram

Kredit: @cafencookiesbyaqilaqilah di Instagram

Tak kira lah ke mana sahaja anda pergi, anda pasti akan terjumpa Pasar Ramadan. Sememangnya pelbagai pilihan tersedia di sini, dengan penjual yang menjual makanan segar dan juga bahan-bahan persiapan Raya. Anda mesti dah dalam mood untuk beraya kan??

Jadi, lekas! Dapatkan segala persiapan last minute raya anda di JB untuk perayaan Aidilfitri yang epik bersama keluarga dan sanak saudara.?