icon
icon
article hero

7 Restoran Dim Sum Yang Halal Dan Enak Di KL

AvatarName

Nasreen Nasir  •  Jun 21, 2018

icon

Dim sum adalah makanan klasik dari kebudayaan Tiongkok yang biasanya dikukus, digoreng atau dipanggang. Kemudian, makanan tradisional dari Cina ini disajikan dalam sebuah pengukus buluh, ditemani dengan air teh Cina. Dim sum ini sudah menjadi suatu aktiviti menarik untuk keluarga-keluarga yang besar kerana mereka dapat berkongsi makanan sama-sama.

Populariti dim sum ini sudah pun meningkat di Malaysia dan terdapat beberapa restoran di Kuala Lumpur yang menyajikan versi halal.

Kredit: Giphy

Nota Penting: Selain yang telah jelas disebutkan, beberapa restoran di bawah ini tak mempunyai sijil Halal kerana mereka juga menyajikan minuman keras. Kami juga telah menghubungi setiap restoran untuk memastikan mereka hanya menggunakan bahan masak yang di bawah jaminan JAKIM dan bebas dari daging babi. Kami menyarankan kepada para pembaca kami untuk membuat pengesahan dengan restoran-restoran tersebut.

1. Dolly Dim Sum

Siapa yang tak pernah dengar tentang Dolly Dim Sum? Boleh dikatakan semua pernah makan di sini. Inilah antara restoran yang paling popular jika sesiapa ingin rasa dim sum asli dan halal. Bukan itu saja, interior restoran ini juga sangat cantik dan instagrammable!

Kredit: @tuanedruce di Instagram

Restoran ini cepat sesak, terutamanya waktu tengahari dan tempahan meja hanya untuk 6 orang ke atas saja. Tapi, sesetengah tempat tak terima tempahan jadi kami sarankan anda datang awal.

Kredit: @m_s_y di Instagram Tips #HHWT: Cubalah pao kuning telur masin - sangat lembut nan empuk!
Kredit: @arznur di Instagram Alamat: Avenue K, Nu Sentral, Pavilion, IOI City Mall, Sunway Putra Mall.  Waktu Pembukaan : 11.00am - 10.00pm Harga: mulai dari RM8 Nombor Telefon: +(603) 21813830
HHWT-Alcohol-Resized
2. China Treasures
Berlokasi di Sime Darby Covention Centre, restoran ini merupakan tempat favorit bagi individu berkeluarga. Hal terbaiknya yaitu restoran ini merupakan salah satu dari sedikit restoran dim sum di KL yang bersertifikasi halal! Sehingga kamu tidak perlu khawatir ketika melahap dim sum di sini.
Kredit: @margaretsoesatyo di Instagram Tips #HHWT: Cubalah menu khas restoran ini seperti tart telur mini dan pau yang berisi mentega & kuning telur masin! Waktu Pembukaan: 11:30am–2:30pm (makan siang), 3:30pm–10:30pm (makan malam) hari Isnin-Jumaat, 10:00am–4:30pm (makan siang), 6:30pm–10:30pm (makan malam) pada hari minggu dan cuti umum. Harga: Mulai dari RM6 Alamat: Sime Darby Convention Centre, 1A, Jalan Bukit Kiara 1, Kuala Lumpur Malaysia 60000 Nombor Telefon: (+603) 2089 3788 Emel: [email protected]
HHWT-Halal-Certified-Resized
Maju Palace Info terkini (2 April 2019): Restoran Maju Palace sudah menghentikan operasi di Maju Junction Mall Tersembunyi di Maju Junction Mall, anda boleh jumpa satu lagi restoran dim sum yang halal - Maju Palace!
Kredit:@ fundamentally_flawed di Instagram Maju Palace adalah sebuah restoran yang dimiliki oleh Oriental Group of Restaurants, dan merupakan satu-satunya restoran yang menyajikan makanan halal saja.
Kredit: @iluvpastry di Instagram Tips #HHWT : Untuk sesiapa yang ingin mencabar diri untuk sesuatu yang luar biasa, cubalah abalone, sejenis makanan laut yang jarang didapati di restoran lain. Waktu Pembukaan: 11:30am–3:00pm (makan siang), 6:00pm–11:00pm (makan malam) hari Isnin-Sabtu, 10:00am–3:00pm (makan siang), 6:00pm–11:00pm (makan malam) pada hari minggu dan cuti umum. Harga: Mulai dari RM6 ke atas. Alamat: Level 5, Maju Junction Mall 1001, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur Nombor Telefon: (+603) 2691 8822
HHWT-Alcohol-Resized
3. Meisan Szechuan Restaurant
Kalau anda ingin makan dim sum sepuas-puasnya dengan harga yang berpatutan, maka Meisan Szechuan Restaurant di Hotel Quality adalah tempatnya! Restoran ini juga sudah pun mendapat sijil halal dari JAKIM dan menawar buffet harian dengan hanya RM50 saja seorang!
Kredit: @hijjaz_aziz di Instagram Bagi kami, harga itu sangat berpatutan, jadi tunggu apa lagi? Jom ajak rakan-rakan dan keluargamu! Kredit: nadot Tips #HHWT: Kamu harus coba char siew pau ayam di sini! Waktu Pembukaan: Setiap hari pada pukul 9:00am–2:30pm Harga: RM50 nett (Dewasa), RM35 nett (Kanak-anak usia 12 tahun ke bawah dan warga emas usia 60 tahun ke atas) Alamat: Quality Hotel City Centre Kuala Lumpur, Jalan Raja Laut, 50750 Kuala Lumpur Nombor Telefon: (+603) 2614 8000 / 8056
HHWT-Halal-Certified-Resized
4. Lai Po Heen
 Dikenali sebagai salah satu restoran Tiongkok yang terbaik (dan juga asli!) di KL, Lai Po Heen di Hotel Mandarin Oriental sangat berkualiti dan penuh dengan pelbagai pilihan. 
Kredit: @belladally Beberapa mejanya menghadap KLCC, jadi anda boleh menjamah makanan yang lazat sambil menikmati pemandangan yang cantik di sisi.
Kredit:@zubaidah_hamzah di Instagram Tips #HHWT: Jika anda suka durian, anda harus cuba pancake duriannya. Waktu Pembukaan: Hari Isnin-Jumaat pukul 12:00pm–2:30pm, hari minggu dan cuti umum pukul 10:30am–2:30pm, khusus jam makan malam pukul 7:00pm–10:30pm setiap hari. Harga: Dim sum mulai dari RM10++ ke atas, sementara pancake duriannya berharga sekitar RM38++ untuk seorang. Alamat: Mandarin Oriental Kuala Lumpur, Level 1, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur. Nombor Telefon: (+603) 2179 8885
HHWT-Halal-Certified-Resized
5. MinMax Restaurant
Selain menawarkan pelbagai menu dim sum dengan harga yang berpatutan dan tempat makan yang selesa, MinMax sentiasa menyajikan dim sum yang berkualiti tinggi. Mereka juga memiliki ramai pelanggan tetap!
Kredit: @suhailasaja di Instagram Tips #HHWT: Cubalah sotong goreng telur masin yang cukup popular!
Kredit: @suhailasaja di Instagram Waktu Pembukaan: 11:00am–3:00pm (makan siang), 6:00pm–11:30pm (makan malam) pada hari Isnin-Sabtu, 9:00am-3:00pm hari minggu Harga: Mulai dari RM3. Alamat: PNB Darby Park, Lot 2.1 Level 2, Jalan Binjai, 50450 Kuala Lumpur Nombor Telefon: (+603) 2166 8669
HHWT-Alcohol-Resized
Luk Yu Tea House  Info terkini (2 April 2019): Restoran Luk Yu Tea House telah dikeluarkan daripada senarai setelah dimaklumkan bahawa alkohol digunakan dalam sesetengah penyediaan hidangan goreng  Jika anda di kawasan Bukit Bintang, maka pergilah ke Luk Yu Tea House untuk pengalaman teahouse yang mempunyai konsep kafe Hong Kong!
Kredit: @aminjamean di Instagram
Kredit: @sharowlyusi di Instagram Tips #HHWT: Untuk sajian pencuci mulut, cubalah sago mango in pomelo yang dibuat segera selepas pemesanan. Jangan lupa untuk memeriksa apakah menu yang anda boleh pesan kerana beberapa makanan mengandungi alkohol. Waktu Pembukaan: Isnin–Sabtu pukul 12:00am–11:00pm dan hari Minggu cuti umum pukul 10:00am-11:00pm Harga: Mulai dari RM10 ke atas./del> Alamat: Feast Village, Starhill Gallery, 181, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur./del> Nombor Telefon: (+603) 2782 3850/del>
HHWT-Alcohol-Resized
6. Mohd Chan Chinese Muslim Restaurant
Credit: @athirah_tieramiessyou on Instagram Di Kuala Lumpur, memang sukar untuk mencari masakan cina Muslim yang sedap dan murah. Jadi anda perlu meluangkan masa untuk mencuba sajian yang ditawarkan di Restoran Cina Muslim Mohd Chan. Semuanya enak belaka!
Credit: @peishans_33 on Instagram Restoran ini menyajian hidangan dim sum berkonsepkan "Cantonese-style cooking" yang sering dinikmati di kedai teh cina tradisional. Sebaik sahaja melangkah masuk ke restoran ini, anda akan disambut dengan pelbagai aneka pilihan seperti siew mai ayam, Shanghai dumpling, siew bao, tart telur dan banyak lagi. Waktu Pembukaan: Isnin–Ahad pukul 10:00am–10:00pm Alamat: Mohd Chan Chinese Muslim Restaurant, B1-053, Basement 1, Mytown Shopping Centre, No.6 Jalan Cochrane, Seksyen 90, 55100 Kuala Lumpur Nombor Telefon: (+6017) 357 4679
HHWT-Halal-Certified-Resized
Tai Zi Heen Cantonese Restaurant
Info terkini (1 April 2019): Restoran Tai Zi Heen sudah menghentikan operasi di Pullman Kuala Lumpur Walaupun Tai Zi Heen hanya menyajikan buffet dim sum, semua makanannya disiapkan segera setelah dipesan!
Kredit: @nrk.0110 on Instagram
Kredit: barbara_baking_studio di Instagram Tips #HHWT: Cubalah kuih yam atau dikenali sebagai ubi keladi yang sangat lembut dan rangup, betul-betul sedap jika dimakan bersama teh Cina yang dihidang. Jangan lupa juga menu yang anda pilih itu bebas dari alkohol, karena beberapa makanan mengandungi alkohol. Waktu Pembukaan: Hari Sabtu, Minggu, dan libur nasional pukul 11:30am–2:00pm Harga: RM68++ untuk seorang orang khusus untuk buffet all-you-can-eat selama hari minggu Alamat: Pullman Kuala Lumpur City Centre Hotel & Residences, No. 4, Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur Nombor Telefon: (+603) 2170 8888
HHWT-Alcohol-Resized
7. My Dim Sum
Credit: @azullyaidris on Instagram
Terletak di Setapak Central KL, restoran ini sering dikunjungi oleh pengemar dim sum di Kuala Lumpur. Sajian disini juga sedap-sedap belaka dan dijual dengan harga yang murah dan berpatutan.
Credit: @velverse on Instagram
 My Dim Sum memang terkenal dengan sajian dim sum seperti Hong Kong siew mai dan Shanghai xiao long bao. Jangan lupa untuk nikmati hidangan anda dengan pan-fried shrimp roll, nasi goreng Cina, chee cheong fan dan hidangan mi yang lazat. Tip #HHWT: Anda juga boleh mengunjungi cawangan lain di Plaza Arkadia, Kepong atau Melawati Mall, Ampang. Waktu Pembukaan: Isnin–Ahad pukul 10:00am–10:00pm Alamat: My Dim Sum, Setapak Central Mall, 67, Jalan Taman Ibu Kota, Taman Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur. Nombor Telefon: +603 4144 1148
Jadi tunggu apa lagi? Tempah meja anda segera di salah satu restoran ini untuk menikmati dim sum yang asli!