icon
article-hero

7 Restoran Makanan Halal Di Korea Yang Anda Mesti Cuba Semasa Percutian Anda!

avatar-name

Have Halal Will Travel •  Dec 21, 2015

Read our original article in English here.

Jika selama ini anda peminat tegar apa sahaja dari negara Korea, tentu apabila sudah jauh-jauh terbang ke sana untuk bercuti, pasti anda ingin makanan orang sana kan? Bandar Seoul yang merupakan tumpuan ramai buat pelancong antarabangsa sekarang mempunyai pelbagai restoran halal, jadi tak perlu lagi khuatir tentang apa anda hendak makan di sana!

gumiho gif

P.S. Jangan lupa muat turun buku frasa Korea kami sebelum anda bercuti ke Korea! Aplikasi HHWT Travel Planner juga sekarang boleh dimuat turunkan dari iTunes dan Google Play!  ?

Download_on_the_App_Store

1. EID – 이드 Halal Korean Food

20150915_1601063

Jika anda pernah ke Seoul atau hendak pergi dan sudah membuat kajian tentang tempat mana nak makan, tentu anda pernah dengar tentang restoran ini. Di restoran EID, banchan (hidangan sampingan yang sering datang bersama makanan yang disajikan) boleh ditambah secara percuma! Penulis kami sendiri telah pergi ke sana untuk mencuba makanan tradisional Korea di restoran ini. Besstt!

Seperti kebanyakan restoran halal di Seoul, EID terletak di Itaewon, kawasan yang terkenal dengan makanan halal.

http://instagram.com/p/3k1Px2Fz1G

Tip #HHWT: Restoran ini sering penuh, jadi kami sarankan supaya anda membuat booking terlebih dahulu kerana kedai ini agak kecil. Jika anda ingin bermalam di penginapan berhampiran dengan restoran ini, bolehlah berkunjung ke EID Guesthouse juga!

Waktu Perniagaan: Selasa – Ahad (11:30 pagi – 9:00 malam). Tutup pada setiap hari Isnin

Harga: Dari ₩8,000 – ₩12,000.

Alamat: 67, Usadan-ro 10-gil, Yongsan-gu, Seoul

Cara Untuk ke EID: Restoran ini terletak berhampiran masjid Seoul Central Mosque. Dari jalan belakang masjid, anda hanya perlu berjalan terus, Eid akan berada di sebelah kiri anda.

HHWT-Halal-Certified-Resized
HHWT-Mosque-resized

2. Makan Halal Korean Restaurant

Makan Halal Korean Restaurant storefront

Kredit: Makan Halal Korean Restaurant

Restoran yang dibuka pada awal tahun 2015 ini terkenal dengan makanan tradisional Korea seperti bulgogi (hidangan daging popular di Korea), dakdoritang (ayam berkuah pedas) dan mulnaengmyeon (sejenis mi yang dihidangkan sejuk…mesti cuba semasa musim panas!) dan banyak lagi! Makan Halal Korean Restaurant ini terletak tidak jauh dari restoran EID di Itaewon juga.

dakdoritang makan halal korean restaurant seoul itaewon hhwt
Dakdoritang - ayam berkuah pedas

Samgyetang makan halal korea restaurant itaewon seoul hhwt
Samgyetang - Sup ayam ginseng

Tip #HHWT: Anda boleh mengambil makanan bekal dari restoran ini! Mereka menyediakan dosirak (makanan bekal dalam Bahasa Korea) untuk mereka yang ingin membawa makanan pulang.

bulgogi dosirak makan halal korea restaurant itaewon seoul
Bulgogi dosirak

Waktu Perniagaan:Isnin dan Rabu – Ahad (10:30 pagi – 10:00 malam). Tutup pada setiap hari Selasa.

Harga: Dari ₩8,000 – ₩12,000.

Alamat: 52, Usadan-ro 10 gil, Yongsan-gu, Seoul, South Korea 140-911

Cara Untuk ke Makan Halal Korean Restaurant: Restoran ini terletak di hadapan masjid Seoul Central Mosque, dan juga berdekatan dengan restoran EID.

HHWT-Muslim-Owned
HHWT-Mosque-resized

3. BoA Guesthouse – Dosirak Halal!

dosirak boa travel house hongdae seoul

Kredit: BoA travel house

Walaupun sebenarnya sebuah rumah tumpangan, BoA Travel House ini mempunyai 8 jenis dosirak yang halal termasuk dosirak jajangmyeon (mi bersos hitam)! Anda juga boleh mencuba tteokbokki (sejenis kuih diperbuat dari beras) dan ayam goreng! Jika anda peminat drama Korea, anda pasti tahu bahawa ayam goreng Korea sangat sedap! Menu penuh boleh dilihat di sini.

https://instagram.com/p/2TPr23FFF0/

BoA Travel House ini terletak di Hongdae, sebuah kawasan yang sangat popular di Seoul, jadi anda tak perlu risau, pasti akan dapat makan di sini ?

half chicken jajangmyeon dosirak boa travel house seoul hongdae
Japchae (mi kentang manis) dosirak, ayam kicap dan jajangmyeon.

Kredit: BoA travel house

Cara Memesan: Tinggalkan pesanan makanan anda di laman Facebook mereka, nyatakan waktu anda ingin mengambil makanan dan berikan alamat penginapan anda di Seoul.

Harga: ₩7,000 untuk setiap dosirak jika anda menginap di rumah tumpangan mereka, atau ₩8,000 bagi pesanan dari tetamu yang lain. Harga untuk hidangan sampingan berbeza mengikut makanan.

Alamat: 15, Sinchon-ro 1-gil, Seodaemun-gu, Seoul, South Korea 120836

Cara Untuk ke BoA Guesthouse:

Exit4 at Hongik Univ. Station.
Go straight towards "K2" store
1. Exit 4 dari Hongik Univ. Station (Airport Railroad, line 2)2. Jalan terus menuju ke kedai "K2"

Cross at the crosswalk in front of LG Electronics Inc.
Keep walking around 30M for GS25 convenience store.
3. Lintas jalan di hadapan LG Electronics Inc.4. Jalan lebih kurang 30M ke kedai serbaguna GS25

Turn left at Bizeun(빚은, rice-cake shop, The Premium Riceteria)
Then, you'll see BoA travel house on your left
5. Pusing kiri di Bizeun (빚은, rice-cake shop, The Premium Riceteria)6. BoA travel house akan berada di sebelah kiri anda

Kredit: BoA travel house

HHWT-Meat-Resized
HHWT-Prayer-Room-Resized

4. Dongmun (Nami Island)

dongmun nami island korea

Ok..Pulau Nami mungkin bukan di Seoul, tetapi ianya sebuah tempat yang anda mesti kunjungi sewaktu anda bercuti di Korea! Anda juga boleh merasa makanan Korea yang sejati di pulau ini ? Dong Mun adalah restoran keempat yang diberi sijil halal di Korea, dan mereka mempunyai pelbagai makanan tradisional Korea dan juga makanan dari benua Asia yang lain seperti pho dari Vietnam!

dongmun nami island halal certified korea

Kredit: namisum

Octopus Bibimbab dong moon nami island korea
Bibimbab sotong

Dong Mun mempunyai pelbagai variasi bibimpap (nasi campur Korea), jajangmyeon dan bulgogi. Setelah penat bersiar-siar di sekitar Pulau Nami, bolehlah berkunjung ke Dong Mun untuk berehat dan mengisi perut anda yang pasti lapar ?

Waktu Perniagaan: 10:00 pagi – 7:00 malam (hari minggu dan musim sejuk), 10:00 pagi – 8:00 malam (hujung minggu dan musim-musim lain)

Harga: Dari ₩10,000 - ₩12,000

Alamat: 1 Namisum-gil, Namsan-myeon, Chun-cheon-si, Gang-won-do

P.S. Gunakan aplikasi HHWT Travel Planner untuk mencari makanan halal di Pulau Nami! Sekarang boleh dimuat turunkan dari iTunes dan Google Play!  ?

Download_on_the_App_Store

5. Yang Good BBQ - Yeoksam

yang good korean bbq halal lamb
Kredit: Radin Fadli

yang good korean bbq halal lamb 2
Kredit: jayzlam

Jika anda pernah mengidam nak makan BBQ Korea yang halal, kami faham perasaan anda! Bukan senang kan nak mencari BBQ yang halal di Seoul. Alangkah seronoknya kami apabila boleh merasa masakan BBQ Korea yang sebenar di Yang Good!

Cubalah kambing yang telah diperap dengan sos manis Korea. Sedaaaappp! Jika perut anda masih belum penuh, Yang Good juga ada sup kambing, deonjang-jjigae (sup kacang soya yang telah ditapai), mulnaengmyeon dan juga hidangan Korea yang lain. Singgahlah di sini untuk makan malam selepas membeli-belah di Gangnam atau minum kopi di Garosugil!

Tip #HHWT: Restoran ini menghidangkan minuman alcohol, kerana kerap dikunjungi penduduk tempatan juga. Walaubagaimanapun, bahan masakan yang digunakan dan daging kambing ditanggung halal.

Waktu Perniagaan: 3:00 petang – 2:00 pagi

Harga: ₩11,000 - ₩30,000

Alamat: Seoul, Gangnam-gu, Nonhyeon-ro, 95 gil, 15. 서울특별시 강남구 논현로95길 15

Cara Untuk ke Yang Good BBQ: Yeoksam (Line 2). Sila lawat yanggood01 untuk arahan yang lebih terang untuk ke Yang Good BBQ ?

Directions-to-Yang-Good-Korean-BBQ-(cafe-naver)
Kredit: yanggood01

HHWT-Meat-Resized
HHWT-Alcohol-Resized

6. Namiok – Gyeonggi-do (Berhampiran Pulau Nami)

namiok-nami-island-gapyeong-korea-2
Kredit: @kiki_xii

Jika anda akan mengunjungi Pulau Nami, bolehlah ke Namiok juga untuk Dakgalbi (ayam goreng pedas)! Bayangkan ayam goreng yang diperap dengan gochujang (sambal versi Korea), bersama kobis, tteokbokki dan nasi dihidangkan atas pinggan panas yang ‘sizzling’! Kami pun terliur!

Credit: @nana_amalyena on Instagram

Waktu Perniagaan: 9:00 pagi - 8:00 malam

Harga: ₩10,000 - ₩18,000

Alamat:  786-2 Eupnae-ri, Gapyeong-eup, Gapyeong-gun, Gyeonggi-do, South Korea (경기도 가평군 가평읍 읍내리 786-2)

Cara Untuk ke Namiok: Kira-kira 15 minit dari terminal feri Pulau Nami jika menaiki kereta. Kami cadangkan mengambil teksi ke sana. Tunjukkan sahaja alamat Namiok dalam bahasa Korea kepada pemandu teksi anda.

HHWT-Prayer-Room-Resized
HHWT-Meat-Resized

7. Murree Muslim Food마리무슬림푸드 - Itaewon

Murree halal korean food hanshik
Kredit: Laman FB Murree Muslim Food

murree halal korean food itaewon
Kredit: Haifa Hasim

Sebelum restoran-restoran seperti EID dan Makan Halal Korea dibuka, restoran inilah yang kerap kami kunjungi. Walaupun Murree lebih mahal sedikit dibandingkan dengan restoran lain, menu di sini adalah menu yang paling lengkap dari segi makanan tradisional Korea, dengan hidangan seperti samgyetang (sup ayam gimseng), kimchi bokkeumbap (nasi goreng kimchi), bulgogi, kimchi jeon (lempeng kimchi) dan banyak lagi! Yang paling best? Banchan di sini juga boleh ditambah secara percuma!

Murree-Collage
Kredit: Laman FB Murree Muslim Food

Tip #HHWT: Makanan kegemaran kami di sini adalah bulgogi dan sundubu jjigae (sup tahu yang pekat dan pedas).

Waktu Perniagaan: 10:30 pagi – 11:00 malam

Harga: ₩10,000 - ₩30,000

Alamat: 140-7 Itaewon-Dong, Yongsan-gu, Seoul 140-858

Cara ke Murree: Itaewon (Line 6) - Exit 3. Jalan terus dan pusing kanan apabila anda berada di kedai Kebab. Kemudian, jalan menaiki bukit melalui Salam Bakery, dan pusing kiri di simpang bukit. Murree akan berada di sebelah kanan anda, bersebelahan dengan sederet rumah kedai yang menghala ke masjid Seoul Central Mosque. (Terima kasih kepada kayoskookies.com untuk panduan ke restoran ini!)

HHWT-Mosque-resized
HHWT-Meat-Resized
HHWT-Muslim-Owned

*Pasar Borong Ikan Noryangjin 노량진수산시장 (Tidak ditanggung halal)

noryangjin ahjumma crab halal
Kredit: theskinnybib

Jika anda peminat makanan laut, anda MESTI kunjungi pasar borong ikan Noryangjin untuk menikmati makanan laut yang segar – stail orang Korea! Udang galah, abalone, dan makanan laut lain yang pelik-pelik boleh didapati di sini. Kalau tak nak makan pun, boleh lihat sahaja gaya orang Korea membeli-belah di pasar.

*Restoran-restoran di pasar ini tidak ditanggung halal. Sila kunjungi mengikut budi bicara sendiri.

noryangjin fish market halal
Kredit: Jake Ejercito

noryangjin halal abalone
Kredit: theskinnybib

Apabila anda sampai di pasar ini, pergi terus ke tingkat satu untuk memilih hidangan anda, dan jangan lupa untuk tawar-menawar! Bila sudah membuat pilihan, naik ke tingkat dua untuk makanan anda dimasak di dalam restoran. Anda boleh memilih masakan stim, gril atau mentah! Bayaran akan dikenakan untuk penyediaaan makanan.

noryangjin raw fish halal
Kredit: Jake Ejercito

noryangjin halal maeuntang spicy fish soup

Cadangan kami:

Maeuntang매운탕 (Sup ikan pedas) –Buat pesanan untuk sup ini di restoran!

Jeonbok 전복 (Abalone) – Cubalah abalone stim, cara penyediaan abalone kegemaran kami.

Ikan seperti selar kuning atau ikan flounder – Sashimi (Mentah, atau dalam bahasa Korea, Hoe, disebut seperti 'hway' 회)

Garibi 가리비(Scallop) – Gril

Ge게(Ketam) - Stim

Waktu Perniagaan: 1:30 pagi - 10:00 malam

Harga:  Bergantung kepada jenis hidangan. Hidangan paling mahal mungkin sekali ketam raja, yang boleh mencapai harga ₩85,000, tidak termasuk cas penyediaan - tapi ketam ni sangat berbaloi walaupun mahal!

Alamat: 688, Nodeul-ro, Dongjak-gu, Seoul 서울특별시 동작구 노들로 688 (노량진동)

Cara ke Noryangjin: Noryangjin (Line 1) - Exit 1. Lintas menggunakan jejantas, dan anda akan menjumpai tempat letak kereta terbuka. Turun tangga dan ikut bau ikan! ?

HHWT-Seafood-Resized

Jangan lupa untuk muat turun aplikasi HHWT Travel Planner sebelum anda bercuti ke Korea dari iTunes dan Google Play!

Download_on_the_App_Store

Frasa Berguna:

Kami faham betapa susahnya untuk mencari makanan halal selain dari di kawasan Itaewon. Sebab itulah, kami telah menyediakan beberapa ayat-ayat berguna untuk ada untuk digunakan semasa membuat pesanan makanan!

  • Adakah hidangan ini mempunyai daging / ham? – yi yorineun gogi/haem notgoisseoyo 이요리는 고기/햄 놓고있오요?
  • Tolong jangan letak daging / ham – gogi/haem notjimaseyo고기/햄 놓지마세요
  • Tolong keluarkan daging / ham – gogi/haem paejuseyo고기/햄 빼주세요
  • Saya tidak makan daging – naneun gogireul an meogeoyo나는 고기를 안먹어요
  • Saya tidak boleh makan daging – naneun gogireul mot meogeoyo.나는 고기를 못 먹어요

Jika anda telah menjumpai restoran halal yang lain di Korea Selatan, kongsikanlah bersama kami dengan meninggalkan komen di bawah! Kongsikan juga panduan makanan halal di Korea ini bersama keluarga dan rakan-rakan anda! ?