icon
article-hero

7 Bakeri Halal Di Kuala Lumpur Yang Pasti Membuatkan Anda Terliur

avatar-name

Azliyana Azlee •  Apr 25, 2018

Kalau ada satu perkara yang menyatu padukan rakyat Malaysia, ianya makanan! Tidak kiralah mana-mana budaya sekalipun, bagi peminat manisan, setiap hidangan takkan lengkap tanpa pencuci mulut.

Sumber: GIPHY

Jika anda masih tercari-cari bakeri untuk menjamah pencuci mulut yang unik, menyelerakan (dan semestinya, dijamin halal) di sekitar Kuala Lumpur, cubalah lokasi-lokasi ini!

1. Wondermilk, Damansara Utama

Nama Wondermilk telah menjadi buah mulut peminat cupcake sejak membuka tirainya di Lembah Klang pada tahun 2006. Setakat ini, pengasas Wondermilk berjaya membuka sebanyak 4 cawangan, termasuk jenama-jenama kafe baru seperti Hello Deer dan Rimba & Rusa. Antara daya tarikan Wondermilk ialah keunikan rekaan kek dan cupcake bagi menepati pelbagai cita rasa dan sesuai untuk semua jenis majlis!

Sumber: Instagram Wondermilk

Nak mengalas perut sebelum menjamah manisan? Wondermilk turut menawarkan menu hidangan utama seperti pasta, burger, baked potatoes (ubi kentang bakar berintikan keju, tuna, atau daging) dan pelbagai jenis  kopi,teh, dan jus segar untuk menghilangkan dahaga!

Sumber: Instagram Wondermilk

Waktu Operasi: 10am - 10pm

Lokasi:

Wondermilk  (Uptown)

37 Jalan SS 21/1A, Damansara Utama

47400 Petaling Jaya, Selangor

Laman web | Facebook | Instagram

2. Dotty’s Pastries and Coffee, TTDI

Anda peminat telur masin? Salah satu keistimewaan Dotty’s yang menyebabkan orang ramai sanggup beratur ialah cronut(gabungan croissant dan donat) telur masinnya! Pastri empuk yang dipadankan dengan inti telur masin bertekstur lembut pasti membuat anda terliur!

Sumber: Instagram Dotty’s

Dotty’s juga terkenal dengan pavlova, pastri speculoos, dan danish berinya—lebih enak dinikmati dengan kopi yang harum!

Sumber: Instagram Dotty’s

Jangan lupa untuk mencuba pasta karbonara telur masinnya juga!

Waktu Operasi: 8am - 8pm

Lokasi:

Dotty’s Pastries & Coffee,

20, Jalan Tun Mohd Fuad 2,

Taman Tun Dr Ismail, 60000

Kuala Lumpur.

Facebook | Instagram

3. Souka

Jika anda meminati pastri dan kek klasik, anda pasti akan menyukai Souka yang terletak di TTDI!

Sumber: Instagram Souka

Anda pasti terpesona dengan pelbagai pilihan pastri dan kek klasik mereka dan yang paling penting, setiap produk mereka diperbuat daripada ramuan yang 100% halal!

Sumber: Instagram Souka

Jangan lupa untuk mencuba pavlova mereka yang empuk dan berkrim, dihiasi buah-buahan segar di atasnya.

Waktu operasi: 10am-10pm

Lokasi: 53, Jalan SS 15/5a, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor

Laman web | Facebook  | Instagram

4. Jaslyn Cakes, Bangsar

Berita baik buat peminat makanan organik! Bakeri yang dimiliki oleh Jaslyn Rangson ini menawarkan menu yang diperbuat daripada ramuan semula jadi—daripada kek hinggalah minumannya!

Sumber: Instagram Jaslyn Cakes

Sebaik sahaja melangkah masuk ke bakeri ini, anda akan disambut keharuman vanila dan pelbagai jenis pastri yang segar!

Sumber: Instagram Jaslyn Cakes

Jangan lupa untuk mencuba aneka pastri dan kek yang dijual di kaunternya, terutama sekali donat kastard berkrim yang diperkayakan dengan vanila sebenar!

Waktu operasi: 11am - 7pm

Lokasi: 7A, Jalan Telawi 2, Bangsar Baru

Laman web | Facebook | Instagram

5. The Bread Shop, Bukit Damansara

Antara pastri yang menjadi daya tarikan utama bakeri milik Peng Merican ini adalah cruffin—hasil gabungan croissant dan muffin yang boleh didapati dalam perisa lemon, coklat, karamel, ceri, dan karamel kacang.

Sumber: Instagram The Bread Shop

Setiap kunjungan ke bakeri ini pasti membuatkan anda rambang mata disebabkan pilihan roti dan pastri yang terlalu banyak!

Sumber: Instagram The Bread Shop

Sudah terliur? Pastikan anda mengajak rakan-rakan anda untuk berkunjung ke sini untuk mencuba pastri dan roti The Bread Shop sendiri!

Waktu Operasi: 8am - 7pm

Lokasi: 11, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara

Facebook | Instagram

6. Cake Jalan Tiung

Pemilik-pemilik Cake Jalan Tiung, Shafinaz dan Hidzad, bermula sebagai pembuat kek kecil-kecilan sehinggalah pelanggan mereka mulai bertambah saban tahun.

Sumber: Instagram Cake Jalan Tiung

Apa yang menarik tentang kedai ini adalah nama kek dan pastri mereka yang unik dan lucu seperti Cheese Bedebah!, Samseng Kg. Pandan, dan Handsome Boyfriend!

Sumber: Instagram Cake Jalan Tiung

Salah satu kek yang digemari ramai ialah Tiung Chocolate Mess—kek yang diperbuat daripada gabungan ketulan kek coklat, meringue, krim, strawberi, dan diperasakan dengan kopi atau susu. Walaupun campuran ini seakan-akan pelik, anda patut mencubanya dahulu, barulah anda tahu mengapa ianya begitu popular!

Waktu Operasi: Rabu- Ahad (12pm - 7pm)

Lokasi: 31, Jalan Tengku Ampuan Zabedah J 9/J, Seksyen 9, Shah Alam

Facebook | Instagram

*Cake Jalan Tiung menggunakan bahan-bahan yang dijamin halal dan tidak menjual minuman keras.

7. Tommy Le Baker

Bakeri kecil yang dimiliki Tommy Lee ini bukan calang-calang— pemiliknya memastikan setiap buku roti di kafe ini melalui proses penapaian teliti sebelum dihidangkan atau dijual kepada para pelanggannya bagi mendapatkan rasa roti yang enak dan berkelainan.

Sumber: Facebook Tommy Le Baker

Tommy Le Baker turut menawarkan pelbagai jenis pastri, sandwic dan kopi segar yang bukan sahaja sesuai dinikmati sebagai sarapan pagi, tetapi juga pada bila-bila masa sepanjang hari!

Sumber: Facebook Tommy Le Baker

Jika anda sedang mencari roti yang enak dan berkhasiat, datanglah ke Tommy Le Baker untuk mencuba roti sourdoughnya yang masih segar dari ketuhar!

Waktu Operasi: 8am - 6pm

Lokasi: A-1-3A, Viva Residency, Jalan Suppiah Pillay, 3rd Mile Jalan Ipoh

Laman web | Facebook

Terliur? Masa untuk membawa rakan-rakan dan keluarga anda berkunjung ke bakeri-bakeri ini! ?