icon
article-hero

6 Perkara Yang Hanya #TeamRayaKL Lalui

avatar-name

Nasreen Nasir •  Jun 13, 2018

Lagi 2 hari lagi kita nak Raya! Anda mungkin dalam perjalanan ke kampung, atau pun anda sedang bersiap-siap untuk bertolak ke kampung tersayang.

Sumber: Giphy

Tapi ada juga yang kampung halamannya terletak di Kuala Lumpur sendiri. Ya, siapa sini #TeamRayaKL? Ramai yang kata beraya di Kuala Lumpur ini tak seronok, tapi betul ke? ? Ini 6 perkara yang selalu #TeamRayaKL lalui setiap tahun, setuju tak? ?

1. Jalan dah kosong

Memang bukan KL lah kalau tak ada traffic jam! ? Tapi semua orang tahu jalan sentiasa kosong semasa perayaan, termasuklah Raya!

Sumber: @aimi_aziz210 di Instagram

Jadi, #TeamRayaKL memang syok lah tak perlu stress menghadap jalan raya lama-lama.

Sumber: Rizal Hakimm di Facebook

2. Bila orang tanya “Kampung dekat mana?”

Bila semua orang sekeliling pakat nak balik kampung untuk Raya, anda seorang je yang tertinggal di KL sebab memang kampung dekat sini ?

Sumber: Giphy

3. Kena sakat bila layan lagu Balik Kampung

Mengaku lah, memang selalu orang sakat kita bila dengar lagu “Balik Kampung”, tapi siapa kata kita tak boleh layan lagu itu walaupun kampung dekat KL?

Sumber: Giphy

Tak kira di mana anda beraya, lagu itu tetap tema hari Raya tiap tahun, jadi janganlah malu-malu kalau nak dengar lagu itu ya! ?

4. Gambar Raya berlatarkan bangunan pencakar langit atau bandar

Biasanya gambar Raya sama ada dalam rumah atau di luar rumah berlatarkan pemandangan hijau sungguh nyaman dan menyegarkan.

Sumber: @shmia di Twitter

Tapi bila raya di KL, kebanyakan gambar Raya semua berlatarkan bangunan pencakar langit ? Tapi tak ada apa-apa yang sedih pun tentang itu, gambar Raya masih cantik! Yang penting, keluarga ada dan kita enjoy!

Sumber: @raafikaziz di Twitter

5. Senang nak cari parking di mana-mana

Okay, bila kami cakap “di mana-mana”, maksudnya bukan parking di tepi jalan ya! ? Maksud kami bila pergi ke pusat membeli-belah atau mana-mana rumah kedai pun, tempat untuk parking kereta memang berlambak!

Sumber: Onzai N Daniel di Facebook 

Jadi kita pun tak perlulah rasa macam nak menangis bila tak dapat cari parking dalam sejam. Jadi, geng #TeamRayaKL, gunalah peluang ini untuk enjoy puas-puas!

6. Dapat shopping tanpa gangguan orang ramai

Bila lagi dapat pergi shopping macam ini? Inilah masa yang sangat sesuai untuk betul-betul shopping sakan. Lagi-lagi bila banyak sale, kita juga orang pertama yang dapat serbu dulu dan nikmati diskaun eksklusif!

Sumber: Our Great Future - OGF di Facebook 

Konklusinya, raya di KL ini bukanlah tak seronok seperti yang disangka. Banyak benda yang kita boleh nikmati sebenarnya. Tapi apa-apa pun, selagi kita ada keluarga, maka Raya kita penuh dengan berkat dan kegembiraan walau di mana saja.

Sumber: Giphy

Kami dari HHWT Malaysia ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua! Berhati-hati di jalan raya ya. ✨