icon
article-hero

14 Wanita Hebat Malaysia Yang Terkenal Di Dunia Antarabangsa

avatar-name

Nasreen Nasir •  May 04, 2018

Wanita-wanita Malaysia yang luar biasa ini bukan sahaja dikenali atas sumbangan mereka dalam seni atau fesyen, tetapi juga dalam memperkayakan gaya hidup wanita di negara ini. Kami senaraikan 14 individu yang berjaya membuktikan kepada dunia bahawa wanita mampu menggoncang dunia.

Credit: Giphy

1. Datin Vivy Yusof

Siapa yang tak kenal dengan ikon fesyen terkenal, Vivy Yusof? Sebagai pengasas dua jenama kukuh dalam industri fesyen dan e-perdagangan iaitu Duck Scarves dan Fashion Valet, Datin Vivy Yusof sudah tentu seorang idola gadis-gadis muda di Malaysia.

Credit: @vivyyusof on Instagram

Datin Vivy telah mencapai begitu banyak anugerah di dalam dan di luar negara. Dia telah disenaraikan di Forbes sebagai salah satu usahawan dalam senarai “30 Under 30 Asia” pada tahun 2017. ?

Credit: @theduckgroup on Instagram

Datin Vivy juga mendapat penghormatan atas kolaborasinya bersama Yang Teramat Mulia Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Yang Terhormat Putri Sarah dari Negara Brunei Darussalam untuk menghasilkan empat koleksi skaf edisi terhad, The Royal dUck.

Credit: @fadzaanuar on Instagram

Ratu fesyen yang rendah diri ini bukan sahaja seorang tokoh perniagaan, tetapi beliau juga seorang isteri dan ibu yang penyayang kepada dua anak yang comel!

2. Neelofa

Pelakon, pengacara, model dan juga usahawan, Neelofa benar-benar seorang ratu! Dengan kejayaannya yang berterusan, dia juga tersenarai dalam “30 Under 30 Asia” bersama dengan Vivy!

Credit: @neelofa on Instagram

Neelofa berjaya menceburi bidang keusahawan dan telah membina empayar perniagaannya menerusi jenama Naelofar Hijab. Jenama tudung itu dilaporkan sedang berada dalam landasan antarabangsa di mana koleksinya boleh didapati di 37 negara termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Australia, Arab Saudi dan Singapura.

Credit: @neelofa on Instagram

Neelofa terus bersinar di mata dunia apabila beliau telah dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif untuk AirAsia! Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes menyifatkannya sebagai orang yang pintar.

Credit: @neelofa on Instagram

3. Dr. Amalina Bakri

Siapa masih ingat lagi Dr. Amalina Bakri? Nama yang pernah menggegarkan negara pada suatu masa dulu apabila dia dinobatkan sebagai pelajar terbaik SPM 2004! Kecemerlangan itu akhirnya membawa beliau ke England untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan.

Credit: @dramalinabakri on Instagram

Gadis pintar ini mendapat keputusan 17A dalam SPM yang menjadi suatu kejutan kepada seluruh rakyat Malaysia. Sudah tentu kepandaiannya menjadi sumber inspirasi bagi pelajar-pelajar lain!

Credit: @dramalinabakri on Instagram

Kini, Dr Amalina Bakri difahamkan sedang menjalani latihan sebagai “surgical trainee” di Imperial College Healthcare NHS Trust dalam bidang kanser payudara, trauma/kecemasan dan pembedahan umum. Selain itu, beliau juga aktif dalam memberi ceramah di pelbagai universiti tentang kepakarannya!

Credit: @dramalinabakri on Instagram

4. Raja Nadia Sabrina

Pada mulanya, Raja Nadia Sabrina bekerja sebagai seorang peguam. Pada masa yang sama, beliau mula berjinak dalam dunia blog yang menjadi pentas untuk beliau berkongsi minat yang dalam terhadap fesyen dan seni.

Credit: @rnadiasabrina on Instagram

Berpeluang untuk memulakan label Aere pada 2014 yang menegaskan gabungan konsep elegan, selesa dan versatil untuk Muslimah. Pada Julai 2016, beliau berjaya membawa jenama Aere ke peringkat antarabngsa di Minggu Fesyen Jakarta.

Credit: @aere on Instagram

Baru-baru ini, Aere juga satu-satunya jenama Malaysia yang dijemput ke Minggu Fesyen Moden di Dubai. Pencapaian yang amat besar bagi Raja Nadia Sabrina!

Credit: @rnadiasabrina on Instagram

Selain hidupnya yang sentiasa sibuk, beliau juga selalu membahagikan masanya bersama suami tersayang dan anak-anak yang sangat comel! Memang betul-betul “Wonder Mama”!

5. Yuna

Seorang penyanyi, penulis lagu dan juga usahawan, Yuna sudah membawa harum nama negara hingga ke kancah internasional! Ratu hijab ini sudah tentu membuat Malaysia bangga dengan kejayaanya di Amerika Syarikat!

Credit: @novemberculture on Instagram

Mengimbas sejenak perjalanan hidup penyanyi berbakat ini, Yuna sudah diberi galakan oleh ibu bapanya dalam bidang muzik sejak kecil. Dari situlah beliau mula mencipta lirik dan lagu di Myspace.

Credit: @yunamusic on Instagram

Kini, Yuna telah bekerjasama dengan beberapa penyanyi popular seperti Usher, Pharell Williams dan Jhene Aiko. Beliau juga menerima Anugerah Ikon Belia Kebangsaan pada tahun 2012 atas pencapaian yang luar biasa dalam bidang seni!

Credit: @yunamusic on Instagram

Selain kerjaya muzik, Yuna juga pengasas jenama November Culture yang memegang teguh konsep “funky” dan moden untuk wanita.

6. Tan Hooi Ling

Jika anda selalu menaiki MyTaxi atau Grab, Tan Hooi Linglah wanita hebat yang mengembangkan perkhidmatan “e-hailing” ini di Asia Tenggara. Sebagai salah satu pengasas Grab bersama dengan Anthony Tan, Grab kini beroperasi di 60 bandar dalam 7 negara.

Credit: Profiles of Singapore on Facebook

Inspirasi Grab ini didapati ketika Tan Hooi Ling pernah mengalami kesusahan untuk menaiki teksi setiap hari, dua-dua pengasas ini dapat idea untuk membina platform dimana pelanggan rasa selesa dengan pemandu-pemandu teksi. Dari situlah lahirnya Grab! ?

Credit: rwp.sg on Facebook

Dengan itu, Grab sentiasa memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk mendapat sumber pendapatan yang lain dan juga menjadi celik teknologi pada masa yang sama.

7. Kiki Poh

Tahukah anda bahawa salah seorang kru yang menghasilkan filem animasi Cars ini dari Malaysia? Ya, betul, Kiki Poh sebenarnya seorang pengarah “Shading and Grooming” dan juga rakyat Malaysia pertama yang kerja di Pixar sebagai pakar animasi!

Credit: @hypemy on Instagram

Kiki dilantik buat pertama kali sebagai seorang intern Pixar Animation Studios pada tahun 2010. Semenjak itu, beliau sudah pun bekerja dengan filem-filem besar yang lain seperti Toy Story 3, Monsters University dan juga Inside Out!

Credit: @yongkhin on Instagram

Semasa beliau di Malaysia, beliau juga telah mengendalikan sebuah bengkel khas untuk memberi inspirasi kepada anak-anak muda yang berminat dengan animasi di negara ini. Kami sangat berharap dapat tengok lagi hasil kerja Kiki dalam filem-filem Pixar yang akan datang!

8. Sabariah Hussein

Anda mungkin pernah tengok dokumentari tentang Sabariah Hussein sebelum ini yang luas tersebar di Facebook ataupun laman sosial yang lain. Sabariah Hussein, atau terkenal dengan panggilan Sister Sabria - kisah kerja amalnya disenangi rakyat Kanada khususya di Montreal.

Credit: Safura Tawil on Facebook

Untuk pendekkan cerita, Sabariah mengendalikan rumah perlindungan wanita yang dikenali sebagai “Our Second Home” di rumahnya sendiri dan beliau juga membantu memasak makanan untuk 8 buah masjid dan 2 buah gereja untuk golongan miskin tanpa mengira agama dan bangsa.

Credit: Sister Sabria Foundation on Facebook

#HHWTTip: Anda juga boleh baca artikel kami tentang beliau di sini!

9. Sharifah Amani

Siapa yang pernah tengok filem 'Orked', sudah tentu awak semua suka dengan wataknya yang dimainkan oleh pelakon yang sangat berbakat, Sharifah Amani. Setelah filem ini mendapat pengiktirafan hebat di seluruh dunia, gadis kecil dan ayu ini dilihat semakin meningkat naik namanya dalam industri.

Credit: @sharifah_amani on Instagram

Sharifah Amani juga terlibat secara aktif dalam dunia pengarah. Dari festival tempatan hingga festival filem antarabangsa, Sharifah Amani terus mencairkan hati dengan bakat terbakarnya dan cinta untuk seni!

Credit: @sharifah_amani on Instagram

Dari festival tempatan hinggalah kepada antarabangsa, gadis ini sekaligus mencairkan hati orang ramai dengan bakatnya dan minat yang dalam untuk seni.

10. Zee Avi

Penyanyi kelahiran Sarawak ini bukan sekadar penyanyi biasa. Beliau juga ada bakat dalam menulis lirik dan juga main gitar. Lagu debutnya, “Bitter Heart” mendapat banyak sambutan di seluruh dunia, terutamanya di Amerika Syarikat. Suaranya yang halus dan merdu mesti buat anda cair!

Credit: @zee.avi on Instagram

Pada asalnya, Zee Avi hanyalah seorang Youtuber. Pada tahun 2009, album pertama beliau dilancarkan dan terus menjadi hit di Malaysia! Semasa beliau menetap di Amerika Syarikat, beliau juga terus mengembangkan sayap kerjayanya dalam muzik!

Credit: @zee.avi on Instagram

Pada tahun 2011, Zee Avi dianugerahkan ‘Youth Icon (International)’ dari kerajaan Sarawak. Beliau juga penerima Pegawai Bintang Kenyalang (PBS) setahun kemudian. Bukan itu sahaja, beliau juga terima anugerah antarabangsa, seperti “Lagu Filem Asal Terbaik” di Pesta Filem Dan Anugerah Taipei Golden Horse pada tahun 2016.

11. Shila Amzah

Penyanyi Melayu-Muslim pertama yang berjaya memecahkan pasaran muzik Cina, sudah tentunya Shila Amzah! Beliau dapat memikat orang ramai dalam persembahan di pertandingan nyanyian reality Asian Wave apabila beliau nyanyi dalam 3 bahasa yang berlainan - Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Mandarin. Hebat betul!

Credit: @shahilaamzah on Instagram

Populariti beliau disambuti ramai dan namanya terus tular di laman sosial. Single beliau berjaya mencecah 1 juta muat-turun dalam masa 2 hari di Weibo Music dan terus mendapat 2.5 juta peminat di akaun Sina Weibo beliau.

Credit: @shahilaamzah on Instagram

Shila bukan sahajanya berbakat dalam muzik, tetapi beliau juga menjadi pengaruh penting dalam hubungan antara negara China dan Malaysia. Sebagai duta seni, dia membuat persembahan di depan presiden China, Xi Jinping ketika lawatannya ke Malaysia pada tahun 2014.

12. Heidi Nazarudin

Heidi Nazarudin meninggalkan pekerjaan lamanya sebagai seorang pegawai bank pelaburan untuk mengejar impiannya dalam industri fesyen. Hari ini, dia mengasas “The Ambitionista”, blog fesyen dan gaya hidup untuk wanita yang berkerjaya.

Credit: @theambitionista on Instagram

Dengan hampir 500,000 peminat di Instagram, Heidi kini menjadi salah satu blogger fesyen yang paling popular di mata dunia. Beliau juga dapat mencipta rangkaian bloggernya yang bernama “The Blogger Babes” yang berjaya mendapat lebih dari 5,000 orang di seluruh Amerika Syarikat.

Credit: @heyitsheidinazarudin on Instagram

Impian Heidi adalah untuk mewujudkan rangkaian blogger yang global dan membina jenama pakaian. Beliau memang benar satu inspirasi untuk kita semua!

13. Anita Yusof

Macam kita semua, Anita Yusof juga mempunyai impian untuk menjelajah serata dunia dan ia sudah pun menjadi kenyataan, tetapi mungkin berbeza sedikit dari kami. Pengembara motosikal ini diiktirafkan oleh Asia Book of Records sebagai Wanita Pertama Yang Menjelajah Dunia Dengan Motosikal.

Credit: ANITA YUSOF on Facebook

Berasal dari Ipoh, Anita cukup minat akan motosikal dan beliau tak ada rasa takut untuk mengembara seorang diri. Namun, beliau sudah pun jelajah beribu jalan di 50 negara. Beliau juga seorang ibu kepada 2 anak lelaki!

Credit: ANITA YUSOF on Facebook

Dengan begitu banyak pencapaian, pengembara ini telah menunjukkan bukti bahawa umur ini sekadar nombor sahaja dan bukan halangan untuk berjaya dalam hidup ini. Kisah Anita ini akan terus memberi inspirasi kepada wanita di seluruh dunia!

14. Tan Sri Michelle Yeoh

Berasal dari Ipoh, Tan Sri Seri Michelle Yeoh bukan lagi nama asing dalam industri filem. Malah, karier seni Tan Sri Michelle Yeoh makin bersinar di peringkat antarabangsa!

Credit: @michelleyeoh_official on Instagram

Kemunculannya sebagai watak tokoh politik Aung San Suu Kyi dalam filem ‘The Lady’ telah menyerlahkan lagi kerjayanya sebagai pelakon. Sebelum itu, beliau juga membintangi filem popular ‘Crouching Tiger, Hidden Dragon’ arahan Ang Lee.

Credit: @michelleyeoh_official on Instagram

Bukan setakat itu sahaja, beliau juga penerima pelbagai anugerah, seperti Legion D’Honneur di Perancis tahun lepas atas sumbangannya dalam bidang kebudayaan dan industri perfileman. Sebelum ini juga, beliau dikurniakan ‘Knight’ dan ‘Officer’ anugerah berprestij oleh kerajaan Perancis pada tahun 2007 dan 2012.

Wanita-wanita dalam senarai ini boleh dikategorikan sebagai "wonder women” atas kejayaan mereka dalam pelbagai aspek. Tentunya kita semua sungguh kagum dengan apa yang mereka mampu buat untuk mengubah tanggapan orang ramai yang menggambarkan wanita sebagai insan yang tak kuat dan tak bercita-cita tinggi. Tiba masanya untuk kita hapuskan persepsi itu! Kami berharap wanita-wanita luar biasa ini akan teruskan memberi inspirasi kepada anda semua untuk mengejar impian anda. Ingatlah, kami semua ratu di hati! ?