icon
article-hero

11 Aktiviti Di Pulau Nami Yang Anda Harus Cuba

avatar-name

Azzah AR •  Jan 31, 2017

Rasanya, tak lengkap trip ke Korea Selatan kalau tak ke Pulau Nami. Pulau buatan manusia yang menerima kunjungan purata 1.5 juta pelancong setahun ini, bukan saja ada Winter Sonata sebagai tarikan. Tetapi banyak lagi yang membuatkan lawatan sehari takkan cukup!

Kredit: giphy

P.S. Jika anda bercadang untuk melancong ke Seoul, jangan lupa muat turunkan app HHWT di Apple App Store dan Google Play untuk Android. ?

blog-banner---seoul

Sebelum itu, kita tengok dahulu peta Pulau Nami ini.

Kredit: Blogspot

1. Zip Wire

Nami Island Zip Wire

Kredit: ZipRider

Untuk yang berani dan sukakan keterujaan ekstrem, boleh naik Zip Wire dari jeti Gapyeong terus ke Pulau Nami. Bayaran KRW38,000 untuk pengalaman ‘terbang’ sejauh 940 meter pada ketinggian 80 meter, selama 1 minit sahaja!

Tip #HHWT: Sekiranya cuaca buruk, Zip Wire tidak dijalankan atas faktor keselamatan.

Waktu dibuka: 9.00 pagi – 7.00 malam (April ke Oktober) / 9.00 pagi – 6.00 petang (November ke Mac).

2. Berbasikal Ala Winter Sonata

Berbasikal mengelilingi Pulau Nami

Kredit: Nomadicbee

Pulau Nami taklah sebesar mana. Sehari pusing dengan berjalan kaki pun boleh selesai. Tetapi untuk lebih menyeronokkan, kita boleh sewa basikal dan kayuh di sekeliling pulau. Nak lebih romantik seperti Jun-sang dan Yu-jin, basikal couple pun ada. Dan jika mahu lebih bergaya, boleh sewa Electric Tri-way!

Kadar sewaan adalah seperti berikut:

Basikal single: KRW4,000 (30 minit) / KRW7,000 (1 jam)

Basikal couple: KRW8,000 (30 minit) / KRW14,000 (1 jam)

Electric Tri-way: KRW10,000 (30 minit) / KRW18,000 (1 jam)

Tip #HHWT : Terlupa bawa kereta sorong bayi? Jangan bimbang. Boleh juga sewa dengan harga KRW3,000

3. Kereta Api dan Sky Bike

UNICEF Charity Train

Kredit: Study in Korea

Sekiranya tak ada banyak masa ataupun tak mahu penat kayuh basikal, boleh juga naik UNICEF Charity Train, Electric Tour Bus, ataupun Sky Bike untuk lihat Nami Island dari atas.

Tiket berharga:

UNICEF Charity Train: KRW3,000 (sehala)

Electric Tour Bus: KRW5,000 seorang (20 - 30 minit)

Sky Bike: KRW2,000 (12 tahun dan ke bawah) / KRW3,000 (13 tahun dan ke atas)

4. Makanan Halal

Octopus Bibimbap di Asian Cuisine

Sudah penat jalan-jalan separuh pulau, perut tentu berbunyi-bunyi minta diisi. Ada dua pilihan restoran makanan halal di sini. Asian Cuisine di bangunan Baplex menyediakan pelbagai hidangan Asia yang dijamin 100% halal oleh Korean Muslim Federation, termasuklah makanan Korea seperti bibimbap dan bulgogi. Manakala Yeonga Lunch Box di bahagian belakang bangunan yang sama, menghidangkan doshirak iaitu nasi panas dengan kimchi, tuna, dan telur goreng di dalam lunch box yang terkenal dengan nama ‘nasi goncang.’

5. Kopi & Hotteok

Berbaris membeli kopi dan hotteok di Sonata Café

Berdekatan Metaseqouia Lane, Sonata Cafe menjual kopi sedap dan hotteok panas. Selepas makan tengah hari, bolehlah nikmati kedua-duanya sebagai pencuci mulut. Kebanyakan restoran dan kafe di Pulau Nami dibuka dari jam 8.30 pagi sehingga 9.00 malam.

6. Berjalan Di Bawah Pepohon

Gingko Tree Land

Kopi dan hotteok tadi boleh juga dinikmati sambil berjalan-jalan santai di beberapa laluan yang ada. Antaranya, Metaseqouia Lane yang begitu indah semasa musim salji, Gingko Tree Land yang berwarna kuning lembut sewaktu musim luruh, dan Cherry Tree Lane yang mekar dalam musim bunga. Romantik sungguh!

7. Perpustakaan Buku Bergambar Kanak-Kanak

Aktiviti melukis bersama Yusof Gajah di Picture Book Library

Ibu bapa yang bawa anak-anak melancong ke Pulau Nami, Picture Book Library adalah salah satu tempat yang perlu dikunjungi. Letaknya di sebelah restoran Asian Cuisine. Sambil ibu bapa solat di surau di tingkat atas, anak-anak boleh membaca buku di sini. Kadang-kadang, ada aktiviti seperti melukis dan mewarna diadakan.

Picture Book Library dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang.

8. Kolam Renang

Water Garden Swimming Pool

Berkunjung dalam musim panas? Sejukkan badan dengan terjun ke kolam renang di Water Garden. Peralatan mandi pun boleh disewa jika terlupa bawa.

9. Bilik Yusof Gajah

Bilik Yusof Gajah di Langkami

Berhampiran kolam renang, ada sebuah kawasan bernama Langkami. Dinamakan sempena projek kerjasama Pulau Nami dengan Pulau Langkawi, Malaysia.

Di sini juga ada sebuah bilik khas untuk pelukis tersohor Malaysia iaitu Yusof Gajah. Malah kadang-kadang, mungkin kita bernasib baik boleh terserempak dengan beliau yang telah diiktiraf sebagai warganegara Nami Island bertaraf VIP di sana!

10. Galeri Dan Persembahan Seni

Perarakan pancaragam maharaja Joseon

Pulau Nami begitu menghargai sastera dan seni. Selain rak buku yang dapat dilihat di sekitar pulau, ada beberapa galeri seni yang boleh kita lawati seperti Nami Island Handicraft Studio dan Yu Qing Cheng’s Happy Garden Sculpture Gallery. Galeri-galeri ini terletak di bangunan-bangunan setingkat yang bertentangan dengan Baplex.

Mereka juga menganjurkan pertandingan tahunan Nami Concours yang disertai oleh pelukis dari seluruh dunia. Pak Yusof Gajah adalah salah seorang jurinya. Karya para pemenang pertandingan ini dipamerkan di galeri tingkat atas Picture Book Library.

Pada hujung minggu pula, ada persembahan menarik. Antaranya, perarakan pancaragam maharaja zaman Joseon!

11. Menginap Di Jeonggwanru Hotel

Pintu masuk Jeonggwanru Hotel

Dekorasi dalam bilik bertema ‘kucing’

Begitu banyak aktiviti yang boleh dibuat di Pulau Nami, itu sebabnya sehari tak cukup. Jangan bimbang, kita boleh bermalam di Jeonggwanru Hotel yang sangat unik!

Bilik bertema khusus, direka dan dihias oleh pelukis-pelukis berbeza. Ada bilik dengan dekorasi kucing dan gajah. Malah di setiap bilik ada rak buku diletakkan. Bilik seperti ini, kadar sewanya KRW119,000 satu malam. Sekiranya kita datang beramai-ramai pula, boleh sewa banglo di tebing Sungai Han. Ada lapan banglo disediakan dan mampu memuatkan lima hingga 14 orang. Harga sewaan bermula dari KRW220,000 satu malam. Kongsi ramai-ramai, jimat!

Maklumat tempahan bilik hotel di sini.

Banglo Anemone di tebing Sungai Han

Kredit: Namisum

Untuk ke Pulau Nami dari Seoul, ada beberapa cara:

(1) Shuttle bus dari Insadong ataupun Namdaemun pada jam 9.30 pagi. Tiket berharga KRW15,000 (dewasa) / KRW13,000 (kanak-kanak) untuk perjalanan pergi – balik ataupun KRW7,500 (dewasa) / KRW6,500 (kanak-kanak) untuk perjalanan sehala.

(2) Tren ITX Cheongchun dari Stesen Yongsan ke Stesen Gapyeong sekitar 2 jam perjalanan.

(3) Tren subway Gyeongchun Line dari Stesen Sangbong ke Stesen Gapyeong sekitar 1 jam 18 minit perjalanan.

Dari Stesen Gapyeong, ambil teksi ataupun berjalan kaki dengan jarak 1.9km ke jeti.

Feri dari Jeti Gapyeong ke Pulau Nami bermula seawal jam 7.30 pagi dan yang terakhir pada jam 9.40 malam.

Tiket feri yang juga tiket masuk ke pulau ini berharga KRW8,000 untuk pelancong asing dewasa dan KRW4,000 untuk kanak-kanak.

Pulau Nami di Google Map:

Dapatkan lebih banyak maklumat di laman web rasmi mereka!

Sebenarnya, ada banyak lagi tarikan lain yang tak dapat dimasukkan di sini. Apapun, memang berbaloi-baloi kita jadikan Pulau Nami sebagai destinasi wajib dalam trip ke Korea Selatan. Dan jangan lupa bawa kamera dengan kad memori besar bersama!

P.S. Jika anda bercadang untuk melancong ke Seoul, jangan lupa muat turunkan app HHWT di Apple App Store dan Google Play untuk Android. ?

Download_on_the_App_Store